Thursday 1 December 2011

Jagalah Hati

emmmm.....nampaknya hari ini..Alhamdulilah...hari dah tak hujan. Kebetulan hubby pun kerja malam, jadi lepas makan pukul sepuluh tadi sibuklah budak-budak ajak abahnya pusing bandar (walaupun dah selalu ngat pusing bandar tapi masih tak puas-puas). Hubby ku yang tercinta ni seperti biasalah akan menurut ajer. Bukannyer dia tidak penat tapi itulah dia sedar dia bukannya selalu ada kat rumah. Jika kerja malam nanti, alamatnya esok dia akan qada ajerlah tidurnyer. Kesian kat hubby....tapi dia tak pernah merungut dengan karenah anak dan isterinya yang kuat berjalan ni.

Satu yang sangat aku kagumi suamiku ini ialah, dia tak pernah bersangka buruk kepada orang lain. Suka memudahkan kerja orang lain. Aku rasa hatinya sangat baik. Dia meletakkan semua orang pada tempat yang baik. Tak taulah...selagi aku masih memilkinya aku bersyukur Ya Allah....sesungguhya suamiku ini hanyalah pinjaman kepada hambamu ini. Tak kiralah jika aku mempunyai banyak masalah sekalipun.....dia sentiasa menjadi penenang hati dan memberi buah fikiran yang bernas kepada ku ini. Terima Kasih Ya Allah...Terima kasih Hubby.

Berbalik kepada agenda kami pada hari ini, mula sekali aku membawa anak aku yang berusia tiga tahun setengah ini ke klinik yang telah disyorkan oleh kawan suamiku. Ini kerana anak aku terkena jangkitan kucing yang kami bela 4 bulan yang lalu. kebetulan anak kawan suamiku juga mempunyai masalah yang sama. jadi dia syorkan klinik yang aku lihat tidak lah sehebat mana. Bangunan nya hanyalah daripada kayu yang aku rasa 2 ke 3 tahun lagi runtuhlah. Pekerjanya hanyalah seorang wanita India, aku juga terdetik didalam hati.....adakah lagi klinik seperti ini di bandar besar begini????. Adakah doctornya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia????.....hati tetap berkata-kata.

Hubbyku hanya tersenyum melihat gelagatku yang memandang persekitaran klinik berkenaan, sementara angah dan along membaca risalah yang diletakkan disudut yang begitu usang. Aku masih lagi tidak percaya wujudnya klinik ini yang berada didalam bangunan yang lama dan buruk seperti ini. Hampir lima belas minit kemudian, nama anakku di panggil. Tak sabar rasanya nak melihat doktornya. Ya...itulah doktornya seorang lelaki cina yang aku agak sudah berumur dalam 50-an. Rambutnya separuh botak, berpakaian doktor yang lengkap beserta nametagnya juga (jarang doc swasta berpakaian begini) kemas, senyum dan nampaknya begitu teliti.

Suamiku menunjukkan kepala anakku yang terkena jangkitan kuman itu. Aku bersungguh-sungguh ingin menerangkan apa yang telah terjadi. Aku rasa baru 5 perkataan yang aku ungkapkan dia terus menunjukkan isyarat supaya aku berhenti. Dia terus membuat kesimpulan tentang jangkitan kuman itu dan seterusnya memberi kami melihat gambar yang sama seperti apa yang anakku alami. Terus aku terdiam, suamiku hanya tersenyum.........dia memberi beberapa preskripsi ubat yang nyata tidak sama sekali dari klinik-klinik yang aku pernah pergi ( ini adalah klinik yang ke4 untuk rawatan jangkitan anakku ini....semuanya memberi ubat yang hampir sama...walaupun pakar....). Nyatanya aku berpuas hati dengan penerangan doctornya dan kos nya hanyalah RM50 sahaja.

Selepas maghrib suamiku mencuci jangkitan di kepala anak dan menyapukan ubat yang diberi. Nampaknya luka itu kelihatan kering sedikit. Nampak seperti positif, tapi lihatlah hasilnya nanti. Suamiku sempat berpesan...Ummi...Dont judge the book by its cover......Jagalah hati supaya tidak selalu buruk sangka. Insya-Allah Hubby.....

Wednesday 30 November 2011

Hati dan Akhlak Yang Baik Semua Orang Suka........

Assalamualaikum,

Salam Awal Muharram....diam tak diam telahpun memasuki tahun yang baru, terlampau cepat masanya berlalu. Rasanya baru semalam hati berkata nak kotakan azam tahun baru dan kini adalah detiknya memeriksa check list adakah azam-azam yang di senaraikan Muhaarram lepas masih bersisa.......hatiku berkata ada 4 ke 5 perkara yang aku tidak sempat tunaikan pada tahun lepas. Mungkin perkara itu telahpun aku laksanakan tapi tidak menepati standard kualiti yang hati aku telah tetapkan. Ya Allah betapa kerdilnya hambamu ini...sesungguhnya aku ini tidak punya upaya dan aku ini hanya mampu merancang Allah jua lah tempat Abadi.

Sehebat mana perancangan manusia hebat lagi perancangan Allah itu. Tapi kurasa tahun ini dan tahun-tahun yang akan mendatang rasanya aku perlu lebih tumpukan soal Kewajipan Ku ini untuk mendidik Hati. Hati yang aku ada ini tidak cukup baik, mungkin dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah....aku ini harus berusaha untuk mendidik hati. Kerana aku percaya Allah itu melihat hati hambanya dan bukan rupanya. Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud:


"Dan sesungguhnya engkau benar-benar memiliki budi pekerti (akhlak) yang agung" Al-Qalam : 4


Akhlak dan hati adalah diibaratkan bunga pada diri manusia. Bunga itu sifatnya harum, wangi dan sering dijadikan perhiasan, menyerikan meja dan suasana, sejuk mata memandang dan rasa damai tenteram. Bunga menjadi kegemaran semua orang...cuba kita lihat waima bunga tahi ayampun, ia masih cantik dan harmoni warnaya. Pendek kata, semua manusia menyukai bunga, begitulah juga hati, hati dan akhlak yang baik disukai semua ibarat bunga. Hati dan akhlak yang baik disukai semua agama dan bangsa. Hatta, orang yang tidak hati mulia juga suka kepada orang yang berakhlak mulia. hati yang baik bersifat universal. Ia dapat dizahirkan dengan akhlak yang baik. Akhlak mulia semua orang suka.